Pilih atur dan gabungan ialah nama yang digunakan oleh ahli matematik untuk merujuk kepada kumpulan objek atau simbol tertentu. Pilih atur ialah susunan teratur satu set objek. Contohnya, ABC, ACB dan BAC adalah tiga pilih atur set simbol A, B dan C. Gabungan ialah kumpulan yang mencakupi objek yang sama tidak kira aturannya . Set ABC, ACB, dan BAC kesemuanya adalah merupakan contoh-contoh gabungan yang sama. Set-set seperti ABC, ABD, dan ACD adalah contoh gabungan yang berbeza. |