Nicholls, Sir Douglas (19061988), Orang Asli Australia yang pertama dianugerahi gelaran kesateria dan menjadi gabenor negeri. Dia berkhidmat sebagai gabenor negeri di Australia Selatan pada tahun 1976 dan tahun 1977. Dia dianugerahi darjah kesateria pada tahun 1972 sebagai pengiktirafan terhadap perjuangannya kepada penduduk Orang Asli Australia . Dia merupakan anggota pengasas Aborigines Advancement League dan menjadi pengarahnya pada tahun 1969. Douglas Ralph Nicholls lahir di Cummeragunja di New South Wales. Pada mulanya, dia lebih dikenali sebagai ahli tinju, pelumba lari, dan pemain bola sepak. Kemudian, dia menjadi pastor Churches of Christ Aborigines Mission di Fitzroy, Victoria. |