Perjanjian ialah persetujuan formal antara dua atau lebih kerajaan yang merdeka. Ia biasanya, dalam bentuk dokumen bertulis tetapi kadangkala dalam bentuk pernyataan lisan yang dipersetujui oleh wakil daripada negara-negara yang terlibat. Sejarah wujudnya perjanjian bermula beratus- ratus tahun dahulu. Seawal tahun 3000 S.M., pemerintah negara-negara purba menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan jirannya. Terdapat pelbagai sebab perjanjian ditandatangani. Sesetengah perjanjian menamatkan peperangan dan ada juga untuk menyelesaikan pertikaian sempadan. Sepanjang sejarah dunia, perjanjian memainkan peranan yang penting dalam hubungan antara negara. |