Asbjornsen, Peter Christen (18121885), pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan dongeng yang diceritakan oleh penduduk Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk Tales (18421843) menjadi kesusasteraan klasik Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu meliputi kisah seperti The Three Billy Goat Gruff dan The Seven Fathers in the House. Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia menjelajah pantai Norway dan memberi sumbangan penting dalam bidang botani dan zoologi. |