MacDonald, Flora (17221790), menjadi serikandi Scotland kerana membantu Putera Charles Edward Stuart melarikan diri ke Pulau Skye selepas kekalahannya di Culloden, Scotland pada tahun 1746. Mengikut sejarah, dia telah memujuk putera tersebut supaya menyamar diri dengan berpakaian perempuan. Apabila terserempak, MacDonald menyatakan bahawa putera itu ialah pembantunya. Kerana peranannya dalam penyamaran itu, dia dipenjarakan di Tower of London. Dia dibebaskan pada tahun 1747. MacDonald menjadi terkenal dan banyak memperoleh wang daripada para peminatnya. |