Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas. |