Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
FIRMA | Firma, institusi perniagaan yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
GUNA TENAGA | Guna tenaga ialah penggunaan sumber-sumber ekonomi, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha, oleh firma-firma dalam kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
XEROX CORPORATION | Xerox Corporation ialah firma Amerika Syarikat yang terkemuka, dan salah sebuah pertubuhan industri yang terbesar di dunia. Firma ini menghasilkan mesin penyalin automatik yang pertama dalam membuat salinan kering daripada bahan bercetak atau bahan bertulis di atas kertas biasa. | UMUM | |
SYARIKAT KEWANGAN | Syarikat kewangan ialah firma yang meminjamkan wang kepada orang yang berjanji untuk membayar balik pinjaman itu berserta faedah dalam tempoh yang tertentu. Peminjam mungkin diperlukan memberi jaminan bahawa mereka akan membayar pinjaman itu, seperti lien bagi gaji mereka atau milik peribadi (lihat Lien). | UMUM | |
ROTHSCHILD | Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka beberapa buah bank di beberapa buah negara Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu terkenal dengan nama House of Rothschild. Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang industri, politik, kedermawanan, dan sains. | UMUM | |
SURAT KREDIT | Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank, mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan. Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membiayai pergerakan barangan antara negara-negara. Ia juga digunakan oleh para pengembara. | UMUM | |
AMANAH SAHAM | Amanah saham ialah syarikat pelaburan atau gabungan firma yang mengumpul wang para pelabur dan menggunakan wang itu untuk membeli saham atau sebarang jenis sekuriti lain. Sebagai ganti kepada wang, para pelabur menerima saham. Saham daripada syarikat ini dikenali sebagai saham amanah. | UMUM | |
PERSATUAN PERDAGANGAN | Persatuan perdagangan ialah sebuah organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan dan mewakili sekumpulan firma perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai kesatuan masing-masing secara sukarela dan menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di dalam sebuah kesatuan perdagangan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian. | UMUM | |
KRUPP | Krupp ialah nama satu keluarga usahawan Jerman yang terkenal. Firma Krupp berkembang menjadi salah satu industri yang terbesar di dunia dalam mengeluarkan senjata, keluli, dan jentera. | UMUM | |
MARKS AND SPENCER | Marks and Spencer ialah syarikat peruncit Inggeris yang besar yang mengendalikan satu rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan harga yang murah. | UMUM | |