Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TOLKIEN, JR | Ahli linguistik, pendidik dan novelis terkemuka dalam genre fantasi dewasa. | SASTERA | Tokoh |
PETER PAN | Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie berjudul The Little White Bird (1902). Barrie mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904). Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir James Matthew. | UMUM | |
ARISTOPHANES | Aristophanes (445?385? S.M.) ialah penulis komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik yang indah berserta kritikan serius terhadap politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia seorang pakar lagu dan ritma. | UMUM | |
ALBEE, EDWARD | Albee, Edward (1928 ) ialah penulis drama yang menggunakan pelbagai gaya dengan meluas, daripada kenyataan kepada fantasi. Albee mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui drama Whos Afraid of Virginia Woolf? (1962). Drama realistik ini berkisar tentang penelitian perjuangan kuasa dan gabungan kekejaman dan percintaan dalam perkahwinan. | UMUM | |
DAHL, ROALD | Dahl, Roald (19161990), penulis prolifik yang menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi, humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang mengejutkan. | UMUM | |
MACAULAY, DAME ROSE | Macaulay, Dame Rose (18811958), penulis British yang telah mendapat pengiktirafan pada tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya pula tragedi. | UMUM | |
O'BRIEN, FLANN | OBrien, Flann (19121966) ialah nama pena penulis Ireland yang bernama Brian O Nuallain. Dia membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, At Swim Two Birds (1939), sebuah fantasi pengembaraan watak manusia dan pari-pari di Ireland. Dia juga menulis The Hard Life (1961), The Dalkey Archives (1965), dan skrip drama Faustus Kelly (1943). Dengan menggunakan nama pena Myles na gCopaleen, dia menulis ruangan satira bagi Irish Times . Dia lahir di Strabane, Ulster, dan bekerja sebagai pegawai kerajaan. | UMUM | |
BRADBURY, RAY | Bradbury, Ray (1920 ) ialah pengarang Amerika yang terkenal kerana cerita-cerita fantasi dan fiksyen sains. | UMUM | |
MITCHISON, NAOMI | Mitchison, Naomi (18971999) ialah penulis British yang popular dengan beberapa novelnya yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir. Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928). Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn King and the Spring Queen (1931), sebuah karya fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian termasuklah Dont Look Back (1969), What Do You Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983), dan Among You Taking Notes (1985). Nama sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat pendidikan di Oxford University. | UMUM | |
NOVEL REMAJA | NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi. | SASTERA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata fantasi |
|
|