Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ESEI | Esei merupakan karangan pendek bukan fiksyen yang mengandungi pandangan atau analisis penulis tentang subjek tertentu. | UMUM | |
STEELE, SIR RICHARD | Steele, Sir Richard (16721729) ialah penulis kelahiran Ireland yang mencipta esei kewartawanan terkenal yang diterbitkan sebagai The Tatler. Dia bekerja dengan Joseph Addison untuk menghasilkan esei yang diterbitkan sebagai The Spectator. | UMUM | |
STEVENSON, ROBERT LOUIS | Stevenson, Robert Louis (18501894) ialah novelis, penulis esei, dan penyair Scotland yang menjadi salah seorang penulis yang paling terkenal di dunia. Cerita pengembaraannya seperti Treasure Island dan Kidnapped sudah lama menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Esei dan buku kembaranya dianggap sebagai model gaya prosa Inggeris yang sofistikated, manakala puisinya yang lembut dan mudah seperti A Childs Garden of Verses merupakan karya yang terbaik dalam sastera kanak-kanak. | UMUM | |
SENECA, LUCIUS ANNAEUS | Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?65 M.) ialah negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik. Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12 esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi, satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan. Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth. | UMUM | |
ADDISON, JOSEPH | Addison, Joseph (16721719), penulis dan ahli politik Inggeris. Dia paling terkenal kerana gandingannya dengan Sir Richard Steele, menulis dan menerbitkan The Spectator, yang mengandungi satu siri 555 esei popular yang diterbitkan pada tahun 1711 dan pada tahun 1712. Esei ini bertujuan memperbaik moral dan tatatertib, mempertingkat tahap kebudayaan pembaca daripada golongan kelas menengah, dan memperkenalkan idea sains dan falsafah yang penting. Kebanyakan esei ini mengandungi huraian mengenai perilaku dalam masyarakat, percintaan dan perkahwinan, dan sastera. | UMUM | |
DIDION, JOAN | Didion, Joan (1934 ) ialah penulis esei dan novel Amerika. | UMUM | |
KESUSASTERAAN LATIN | Kesusasteraan Latin meliputi esei, sejarah, puisi, drama dan penulisan lain pada zaman Rom purba. Dalam kebanyakan penghasilannya, ia seolah-olah merupakan kesinambungan kesusasteraan Yunani, yang banyak menggunakan bentuk yang serupa. Namun begitu, sastera Latin turut mencerminkan kehidupan dan sejarah Rom purba. | UMUM | |
H.B. JASSIN | H.B. Jassin (1917 2000) ialah penulis esei dan pengkritik sastera Indonesia, yang dikenali sebagai penjaga kesusasteraan Indonesia moden. | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (18801932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
SADE, MARQUIS DE | Sade, Marquis de (17401814) ialah penulis novel dan penulis esei Perancis yang kontroversi. Kini, ramai orang menganggap Sade sebagai gila manakala karyanya menjelikkan. Tetapi ada pula yang menganggapnya sebagai seorang penulis yang kadangkala bijak dengan gaya menarik dan meyakinkan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata esei |
|
|