Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANAK LIMPA | Anak limpa ialah daging yang enak yang berasal daripada organ-organ dalam tertentu pada anak haiwan. Timus anak lembu muda menghasilkan anak limpa yang dijual di restoran yang terbaik. Anak limpa lembu tua dikenali sebagai anak limpa perut . Ia hampir seperti anak limpa timus. | UMUM | |
AGEN DEODORAN | Agen deodoran ialah sejenis bahan atau alat yang boleh menghindarkan atau mengurangkan bau yang tidak enak atau bau hapak. Bau yang sebegini dikenali sebagai malodour. | UMUM | |
OREN | Oren ialah buah-buahan sitrus yang popular yang disukai oleh penduduk di seluruh dunia. Buah oren dinilai kerana jusnya yang enak dan kandungan vitaminnya yang tinggi. Buah ini merupakan sumber vitamin C yang terbaik dan juga mengandungi vitamin A dan beberapa vitamin B. | UMUM | |
BERTIH | BERTIH, padi yang digoreng tanpa minyak atau disangai dan digunakan sebagai salah satu bahan dalam upacara tradisional. Bertih juga diperbuat daripada jagung dan apabila digaul dengan gula atau manisan, menjadi sejenis kudapan yang enak. Bertih daripada jagung merupakan bertih untuk dimakan semata-mata. | BUDAYA | Makanan |
UMBUT | UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau. Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri. Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah. Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan. Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang. | BUDAYA | Makanan |
TEMPE | TEMPE, sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang diragikan. Tempe popular di kalangan masyarakat Jawa. Ia adalah makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tempe yang dijual di pasar dibungkus berkeping-keping menggunakan daun ketapang. Kini, ada juga tempe yang dibungkus di dalam sarung plastik. Cara ini memang mudah, tetapi rasa tempe tidak sebegitu enak berbanding dengan tempe yang dibungkus di dalam daun. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata enak |
|
Puisi |
---|
|
Anak kodok di atas papan, Mati dipatuk si ular sawa; Enak sungguh mimpikan tuan, Serasa menjenguk pintu syurga.
Lihat selanjutnya... |
|