Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
EMPANGAN DNEPROGES | Empangan Dneproges, empangan konkrit yang besar di Ukraine, terletak 320 kilometer dari muara Sungai Dnepr. Empangan ini membekalkan kuasa hidroelektrik bagi kebanyakan lombong dan industri di republik itu. | UMUM | |
EMPANGAN | Empangan ialah sekatan yang diletakkan merentangi sungai untuk menyekat arus air. Saiz empangan berbeza-beza daripada empangan tanah yang kecil atau ketulan batu-batan kepada struktur konkrit yang setinggi pencakar langit. | UMUM | |
EMPANGAN ROGUN | Empangan Rogun, di Tajikistan ialah empangan yang tertinggi di dunia. Empangan ini setinggi 335 meter dan terletak di Sungai Vakhsh. | UMUM | |
EMPANGAN KENYIR | Empangan Kenyir ialah salah sebuah empangan di Malaysia yang dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik dan menjadi empangan terpenting untuk sumber tenaga negara. | UMUM | |
EMPANGAN BAKUN | Empangan Bakun, empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia. Empangan ini adalah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam-FRD). Empangan Bakun terletak di Sungai Balui, di Lembangan Sungai Rajang, dalam daerah Belaga, Sarawak. Ia terletak kira-kira 36 km dari Pekan Belaga. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
EMPANGAN GRAND COULEE | Empangan Grand Coulee ialah empangan konkrit dan sumber kuasa air tunggal yang terbesar di Amerika Syarikat. | UMUM | |
EMPANGAN HOOVER | Empangan Hoover ialah salah sebuah empangan batu yang tertinggi di dunia. Ia terletak di Black Canyon di Sungai Colorado, Arizona, Amerika Syarikat. | UMUM | |
EMPANGAN TINGGI ASWAN | Empangan Tinggi Aswan merupakan empangan yang dibina bagi mengelakkan limpahan air Sungai Nil di Mesir. | UMUM | |
EMPANGAN SUNGAI MUDA | Empangan Sungai Muda ialah sebuah empangan utama yang digunakan untuk Skim Pengairan Sungai Muda di Dataran Kedah. | UMUM | |
EMPANGAN WYANGALA | Empangan Wyangala, membekalkan kolam air simpanan di Sungai Lachlan dekat Cowra di tengah selatan New South Wales, Australia. | UMUM | |