Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita muda. Perkataan anoreksia bermakna tiada selera , walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan disebabkan oleh alasan psikologi. Sesetengah penghidap anoreksia mengalami perasaan ketagihan makanan, yang disebut bulimia . Dalam keadaan begini mereka akan makan dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan. Lihat Bulimia. |