Ekstrak daging ialah pes berperisa daging
pekat. Tukang masak sering memperisa sup dan
sos dengan ekstrak daging. Pembuat makanan
menggunakan ekstrak lembu atau ekstrak ayam
untuk membuat kiub rebusan.
Ekstrak ialah persediaan pekat bahan-bahan
tertentu yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan,
herba, bunga-bungaan atau tisu haiwan.
Kurare ialah ekstrak beracun yang
kebanyakannya diperoleh daripada spesies
tumbuhan Chondodendron dan Strychnos yang
berasal dari Amerika Selatan.
Pankreatin ialah ekstrak tisu daripada kilang
pankreas yang mengandungi enzim pencernaan.