Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MILTON, JOHN | Milton, John (16081674) ialah penyair dan penulis bahan berunsur politik Inggeris. Dia ialah pengarang Paradise Lost (diterbitkan pada tahun 1667, edisi semakan 1674), yang dianggap ramai sebagai puisi epik agung dalam bahasa Inggeris. Dia juga menulis Paradise Regained (1671) dan Samson Agonistes (1671). Milton mengarang dua buku yang pertama ini dan mungkin juga yang terakhir, apabila dia menjadi buta sepenuhnya. Tarikh karya Samson Agonistes tidak dapat dipastikan. | UMUM | |
GAYA DEWAN | GAYA DEWAN, sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4 x 7 ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7 x 10 berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks. | BAHASA | Penerbitan |
MUNCHAUSEN, BARON | Munchausen, Baron ialah nama tukang cerita dan watak utama dalam buku kecil berjudul Baron Munchausens Narrative of His Marvellous Travels and Campaigns in Russia . Ia mula diterbitkan di England pada tahun 1785. Jualannya sangat laris hingga menyebabkan edisi yang lebih tebal dihasilkan dengan banyak oleh pencetak. Edisi ini menggunakan cakap besar dan berdegar-degar yang berlebih-lebihan. Naskhah dalam bahasa Jerman terbit pada tahun 1786. Pengarang buku ini ialah Rudolph Erich Raspe (17371794), profesor Jerman yang dibuang negeri dan tinggal di London. | UMUM | |
AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA | AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA, edisi terjemahan daripada buku An Introduction to Indonesian Linguistics: Rood and Word ini the Indonesian Languages (1910) oleh Renward Brandsetter. | BAHASA | Konsep |
KAMUS INDONESIA-PERANCIS | KAMUS INDONESIA-PERANCIS, kamus dwibahasa yang disusun oleh Pierre Labrousse. Judul asal kamus ini ialah Dictionnaire General Indonesian Francais yang menggunakan bahasa Perancis. Edisi bahasa Perancisnya diterbitkan oleh Association Archipel, Paris (1984) dan edisi dalam bahasa Indonesia diterbitkan oleh Penerbit PT Gramedia, Jakarta (1985). Kamus Umum Indonesia - Perancis ini pertama kali diusahakan di Indonesia pada tahun 1973 oleh Farida Soemargono. Naskhah awalnya telah disemak oleh winarsih Arifin dan Henri Chambert-Loir dengan kerjasama Pusat Bahasa, Jakarta. Selepas itudimulakan penyelidikan untuk mencari kata-kata baru bahasa Indonedia. | BAHASA | Penerbitan |
THOMSON, JAMES | Thomson, James (17001748) ialah penyair Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun 1725, Thomson mengembara dari Scotland ke London. Di London, dia menerbitkan maha karya, The Seasons (1726 1730, edisi kedua 1744 1746). Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini membawa kepada gerakan romantik pada akhir tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 1736), dan The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan berdasarkan karya Edmund Spenser. | UMUM | |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Masudi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Marifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
SPOCK, BENJAMIN MCLANE | Spock, Benjamin McLane (19031998), doktor Amerika, menjadi masyhur kerana bukunya tentang penjagaan kanak-kanak. Bukunya yang paling terkenal Common Sense Book of Baby and Child Care (1946) telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 25 bahasa. Untuk edisi kemudiannya, tajuk buku ini dipendekkan kepada Baby and Child Care. Bukunya yang lain termasuk Feeding Your Baby and Child (1955), Babys First Year (1955), Dr. Spock Talks with Mothers (1961), Problems of Parents (1962), dan Caring for Your Disabled Child (1965). | UMUM | |
DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA | DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA, buku daftar ejaan perkataan umum bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1981 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan edisi kedua terbit pada tahun 1988. Daftar ejaan ini disusun berdasarkan ejaan Rumi baharu yang diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Buku ini bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan pantas bagi membantu pengguna bahasa Melayu mengeja atau menulis kata dengan ejaan yang betul. | BAHASA | Karya |
KAMUS SIMPULAN BAHASA | KAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu. | BAHASA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata edisi |
|
|