Perjalanan Dura Besar ialah perjalanan bersejarah ke pedalaman Afrika Selatan oleh peladang berbangsa Belanda. Mereka melakukan Perjalanan Dura Besar (perjalanan jauh) terutamanya kerana mereka mahu lari daripada pemerintahan British di Cape Colony. Dari tahun 1835 hingga tahun 1838, kira-kira 10 000 orang melakukan perjalanan yang panjang dan sukar ini dengan kereta lembu. Kemudian, mereka dikenali sebagai Voortrekker , perkataan yang bermaksud peneroka awal dalam bahasa Afrikaans (lihat Bahasa Afrikaans ). |