PAK PANDIR | PAK PANDIR, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Pandir ialah watak utama dalam cerita jenaka Melayu yang menggunakan judul yang sama. Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh berhuma di hujung kampung yang terpencil. Pak Pandir berwatak lurus dan tidak bertindak melakukan sesuatu dengan sendirinya melainkan setelah disuruh oleh isterinya. lsterinya lebih bijak daripadanya dan kerana kelurusannya, Pak Pandir dianggap sebagai bodoh dan dungu. | SASTERA | Tokoh |