Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DRAMA PENTAS | DRAMA PENTAS, drama yang dilakonkan di atas pentas. Drama pentas merupakan persembahan drama yang diolah secara langsung di hadapan penonton. Lakonan watak dibantu oleh visual tata hias seperti set dan prop, penataan cahaya, sokongan latar muzik dan bunyi, serta tatarias seperti kostum, mekap, barang kemas dan lain-lain. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DRAMA | | UMUM | |
ANDERSON, MAXWELL | Anderson, Maxwell (18881959), penulis drama Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama realistik, termasuk drama perang What Price Glory? (bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi sumbangannya yang utama ialah drama sejarah, drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan semula tragedi hero tradisional dalam teater moden. | UMUM | |
DRAMA MASYARAKAT | DRAMA MASYARAKAT, corak penulisan dan pementasan drama yang mengisahkan tentang masalah masyarakat dan persoalan keluarga semasa. Drama seperti ini popular di Malaysia pada tahun 1960-an. Semasa pementasan, cerita tertumpu di ruang tamu rumah keluarga berkenaan. Dengan demikian, sifat penceritaannya dari awal hingga akhir berlegar dalam set bilik tamu dengan dialog dan aksinya terkawal kepada keadaan di bilik tamu tersebut. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SENECA, LUCIUS ANNAEUS | Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?65 M.) ialah negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik. Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12 esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi, satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan. Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth. | UMUM | |
MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (18781952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Plays the Thing (1926). | UMUM | |
PIRANDELLO, LUIGI | Pirandello, Luigi (18671936) ialah pengarang Itali yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesu sasteraan pada tahun 1934. Pirandello terkenal kerana drama falsafahnya. Drama terbaik ciptaannya membahaskan bahawa kebenaran sebenar tidak diketahui dan berubah-ubah mengikut pandangan seseorang. Dia seterusnya mendakwa manusia memang mempunyai pelbagai peranan atau matlamat tetapi tiada satu pun antaranya yang memaparkan ciri sebenar manusia. | UMUM | |
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE | Scribe, Augustin Eugéne (17911861), penulis drama Perancis. Dia merupakan penulis yang berjaya dalam bentuk drama realistik yang dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu bergantung pada kesan dan pada penerangan yang teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan datang. Drama yang baik mengandungi suatu babak wajib pada klimaks apabila rahsianya didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia, watak-watak itu akan menerima ganjaran atau denda. | UMUM | |
ANTOLOGI DRAMA | Antologi drama ialah himpunan drama pilihan yang dihasilkan oleh beberapa orang penulis. | SASTERA | Konsep |
SIMON, NEIL | Simon, Neil (1927 ) ialah penulis drama Amerika. Komedi dan muziknya terkenal menjadikannya penulis drama yang paling komersial dalam sejarah teater Amerika. Marvin Neil Simon lahir di New York City. Drama pertamanya merupakan komedi ringan yang lucu, bermula Come Blow Your Horn (1961). Barefoot in the Park (1963) didasarkan pada pengalamannya sebagai pengantin baru yang tinggal di flat di New York. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama |
|
|