Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DOL SAID | Dol Said (17731849), Penghulu Naning yang menentang pentadbiran British. Dol Said dari keturunan suku Semelenggang. Dia memegang jawatan tersebut dari tahun 1779 hingga tahun 1833. | UMUM | |
CHE' DOL | CHE DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HUSSAIN CHE' DOL | HUSSAIN CHE DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DOL RAMLI, TAN SRI | Dol Ramli, Tan Sri (1922- ), tokoh penyiaran. Beliau juga adalah pencipta lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan penulis lirik lagu Tanah Pusaka. | KESENIAN | Tokoh |
OSMAN DOL | OSMAN DOL (1944- ), penulis. Beliau lahir pada 23 Disember 1944 di Bukit Balai, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Dugol. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Durian Tunggal dari tahun 1951 hingga tahun 1957. Beliau meneruskan persekolahan menengah dalam aliran Inggeris dengan memasuki kelas peralihan pada tahun 1958 di St. Francis Institution, Melaka hingga lulus Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. | SASTERA | Tokoh |
PERANG NANING | PERANG NANING, perang antara Naning dengan pihak British yang bertapak di Melaka. Beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya konflik antara Dol Said, Penghulu Naning, dengan pihak British di Melaka, yang kemudiannya menyebabkan perang antara tahun 1831 hingga tahun 1832. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
KESATUAN MELAYU KEDAH | KESATUAN MELAYU KEDAH, persatuan politik konservatif nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Kedah pada tahun 1945. Antara pemimpin utama Kesatuan Melayu Kedah termasuklah Haji Hussein Che' Dol, Ayub bin Abdullah, Abdul Hamid Abdullah, Senu Abd. Rahman, Omar bin Din dan Haji Muhamad Rejab Darus. Pada tahun 1946, ahli kesatuan seramai 5940 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dol |
|
|