Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NOTARI AWAM | Notari awam ialah pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengesahkan dokumen tertentu, dan untuk mengangkat sumpah. Banyak dokumen, seperti surat ikatan, mesti disahkan oleh notari sebelum ia boleh dikuatkuasakan secara sah dari segi undang-undang. Tujuan pengesahan sesuatu dokumen oleh notari adalah untuk melindungi mereka yang menggunakannya daripada pemalsuan. | UMUM | |
PETITION OF RIGHT | Petition of Right ialah satu dokumen yang ditulis pada tahun 1628 oleh Parlimen Inggeris dan dikemukakan kepada Raja Charles I. Dokumen tersebut mengisytiharkan bahawa tindakan- tindakan yang tertentu oleh Raja tidak mengikut perlembagaan, seperti mengenakan cukai tanpa persetujuan Parlimen, menempatkan anggota tentera di rumah persendirian, menubuhkan kerajaan tentera dan memenjarakan rakyat dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang. | UMUM | |
PASPORT | Pasport ialah dokumen perjalanan yang menjadi pengenalan diri bagi pemegangnya sebagai warganegara negara yang mengeluarkan dokumen tersebut. Pasport juga meminta negara lain memberikan laluan yang selamat dan segala bantuan dan perlindungan undang-undang kepada pemegangnya. Kadang-kadang pasport hendaklah mempunyai visa (pengesahan rasmi) dari negara yang hendak dikunjungi oleh seseorang sebelum dia dibenarkan masuk ke negara tersebut (lihat Visa). | UMUM | |
METERAI | Meterai ialah alat yang mempunyai reka bentuk atau huruf untuk teraan (dicap) pada kertas, lilin, atau logam. Meterai selalunya dicap pada dokumen rasmi dan penting bagi membuktikan dokumen itu sahih. Kebanyakan negara di dunia ini serta banyak bandar, negeri, wilayah, jabatan penting, serta syarikat perdagangan mempunyai meterai. | UMUM | |
PROTOKOL | Protokol ialah dokumen yang mengandungi catatan rundingan yang dijalankan oleh wakil-wakil diplomatik. | UMUM | |
PETISYEN | Petisyen ialah dokumen bertulis yang ditandatangani oleh ramai orang untuk menuntut supaya sesuatu tindakan diambil. Petisyen secara amnya dikemukakan kepada kerajaan pusat atau kerajaan tempatan. | UMUM | |
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN | Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika yang mengisytiharkan kebebasan daripada pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh kelahiran Amerika Syarikat. | UMUM | |
SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |
ESKROW | Eskrow ialah wang tunai, dokumen, atau harta benda lain yang diserahkan kepada seseorang untuk diserahkan kepada seseorang lain apabila syarat tertentu telah dipenuhi. Pemegang harta ini digelar sebagai wakil eskrow atau pemegang eskrow. | UMUM | |
MAGNA CARTA | Magna Carta ialah dokumen yang menandakan langkah tegas ke hadapan dalam perkembangan kerajaan berperlembagaan di England. Pada abad- abad berikutnya, kebanyakan bahagian lain dunia juga turut mendapat faedah daripadanya, kerana banyak negara demokrasi mengikuti perundangan Inggeris dalam membentuk kerajaan masing- masing. | UMUM | |