Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat yang dilarang oleh undang-undang atau budaya. Perkataan taboo berasal daripada perkataan Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor. Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan atau menyentuh barang larangan akan ditimpa bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum orang yang melanggar larangan ini dan menyisihkannya. |