Nafh al-Tib. Buku ini adalah antara hasil karya yang diterbitkan oleh Perpustakaan al-Andalusiyyah. Nama penuh buku ini ialah Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din ibn al-Khatib. Pengarangnya Abu al-Abbas, Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Maqqariy al-Tilmisaniy yang juga digelar dengan nama Shihab al-Din. Kitab Nafh al-Tib menjadi tanda pengenalan kepada pengarangnya, begitu juga pengarangnya menjadi tanda pengenalan kepada kitab ini. Oleh itu, ramai yang mengenalinya hanya dengan kata-kata: Nafh al-Tib oleh al-Maqqariy. Ungkapan ini merupakan satu ikatan antara pengarang dengan kitabnya. Ia mengembalikan ingatan kita kepada ketinggian hasil karya yang diterbitkan daripada Perpustakaan al- Arabiyyah sebagaimana yang dihasilkan oleh Ibn Abd Rabbih dan kitabnya al-Aqad, Ibn Bassam dan kitabnya Zakhirah, Ibn Hazm dan kitabnya Tawq al- Hamamah serta para pengarang lain dari Perpustakaan al-Andalusiyyah. |