Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the Mount (Matt. 57). Bagi Mennonite, berperang, bersumpah, atau memegang jawatan dengan menggunakan kekerasan adalah ditegah. |