Kekkonen, Urho Kaleva (19001986), menjadi presiden Finland dari tahun 1956 hingga tahun 1981. Ramai yang percaya bahawa dasar yang dijalankannya telah menyelamatkan Finland daripada menjadi sebuah negara Komunis. Kekkonen menekankan pengecualian dalam Perang Dingin dan bekerjasama dengan kedua-dua pihak, iaitu Kesatuan Soviet dan pihak Barat. Di bawah pemerintahannya, Finland menjadi ahli bersekutu kepada European Free Trade Association (EFTA) atau Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah. Finland juga terlibat dalam persidangan keselamatan Eropah yang dapat menjamin mengurangkan tekanan di kalangan orang Eropah. |