Sufyan ibn Uyaynah (107198 H./726814 M.), ketua ulama hadith. Nama penuhnya Sufyan ibn Uyaynah ibn Abi Imran. Dia lahir di Kufah. Dia tinggal di Makkah dan meninggal dunia di sana. Sufyan menemui lebih 80 orang tabii. Dia mula menulis hadith ketika berumur tujuh tahun. Sufyan mendengar hadith daripada Amru ibn Dinar, Muhammad ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhriy, Abi Ishaq al-Subayiiy, al-Aswad ibn Qis, Abdullah ibn Dinar, Mansur ibn al-Mutamir dan ramai lagi. Mereka adalah antara guru Sufyan Al-Amash, Ibn Jurayj dan Shubah telah meriwayatkan hadith daripadanya. Begitu juga Imam Syafii, Abdullah ibn al-Mubarak, Abd Rahman ibn Mahdiy, Ahmad ibn Hanbal, Yahya ibn Main, Ishaq ibn Rahawayh. Terdapat, ramai lagi di kalangan orang masyhur mengambil hadith daripadanya. |