Tasik Balkhash ialah sebuah tasik yang besar, terletak di bahagian tenggara Kazakhstan. Tasik tersebut terletak 342 meter di atas aras laut dan luasnya 17 275 kilometer persegi. Lebar tasik Balkhash hanya 10 kilometer di bahagian timur dan 87 kilometer di hujung bahagian barat. Air di bahagian barat Tasik Balkhash tawar kerana dimasuki Sungai Ili, tetapi terdapat air masin di hujung bahagian timur. Beberapa buah sungai mengalir ke dalam Tasik Balkhash, namun begitu tasik tersebut tidak mempunyai laluan keluar. Ais meliputi tasik tersebut dari bulan November hingga bulan April. Untuk lokasi Tasik Balkhash, lihat Kazakhstan (peta). |