Miswar ibn Makhramah ibn Naufal, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Dia merupakan anak kepada saudara perempuan Abd al-Rahman ibn Auf yang dilahirkan dua tahun selepas hijrah. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. ketika masih kecil dan telah pergi ke Madinah selepas pembukaan Kota Makkah pada tahun lapan Hijrah. Dia selalu mendampingi Khalifah Umar ibn al-Khattab dan digolongkan di kalangan para sahabat sebagai ahli fiqh. Dia turut menyertai penaklukan Afrika pada tahun 27 Hijrah bersama Abdullah ibn Saad ibn Abi as-Sarh. Ketika peristiwa pengepungan Makkah yang pertama, dia memihak kepada Abdullah ibn Al-Zubayr dan terbunuh di sana. |