Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang membenarkan penjenayah yang disabitkan bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai ganti menjalani hukuman di dalam penjara. Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat, seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau rogol. Hukuman percubaan ini memberikan peluang kepada pesalah untuk membuktikan bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation) dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji. |