Nagasaki (pend. 444 599) ialah sebuah bandar di Jepun yang mempunyai hubungan yang paling lama dengan orang Barat. Pelabuhannya telah dibuka kepada perdagangan asing pada tahun 1571. Selepas tahun 1637, ia merupakan satu- satunya pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada orang Barat untuk tujuan perdagangan. Pedagang Belanda dibenarkan untuk membina pos perdagangan di pelabuhan ini dan sebuah kapal Belanda dibenarkan berhubung dengan pos tersebut sekali dalam setahun. Pada tahun 1857, Nagasaki merupakan salah satu daripada enam pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada pedagang asing. |