| Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
| DERHAKA | DERHAKA, istilah sosiobudaya dan budaya politik masyarakat Melayu yang bermaksud menafi, menentang, membantah, menidakkan atau melakukan perbuatan atau tindakan kontra terhadap pihak yang lebih tinggi taraf atau kedudukan batang tubuh serta peribadi seseorang, pemegang kuasa atau wibawa dalam sesebuah organisasi sehingga ke peringkat kerajaan, negeri dan negara. Bertentangan dengan derhaka adalah patuh, taat dan setia kepada pihak berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| NUSYUZ | Nusyuz, derhaka atau ingkar. Dalam konteks kekeluargaan Islam, istilah ini merujuk kepada isteri atau suami yang menderhaka atau ingkar terhadap pasangan masing-masing tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. . | AGAMA | Konsep |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata derhaka |
|
| Puisi |
|---|
|
Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.
Lihat selanjutnya... |
|