Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami  pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa  tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali  sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini  disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada  tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan  oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah  sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,  loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat  kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,  seseorang akan muntah apabila mengalaminya.  |