Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo. Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa- dewa menghukum Narcissus supaya merenung ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan kasih pada bayangannya sehingga dia semakin kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus. Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid. |