Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIKAYAT MALIM DEMAN | | SASTERA | Karya |
TITI WHEATSTONE | Titi Wheatstone ialah sejenis litar elektrik yang digunakan untuk menentukan rintangan yang tidak diketahui (lihat Litar elektrik) . Ia terdiri daripada empat perintang yang biasanya disusun mengikut bentuk deman. | UMUM | |
SAHABAT | SAHABAT, akhbar bertulisan jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Sahabat mula diterbitkan pada 15 Februari 1939 oleh Mohd. Tamim bin Deman dan dicetak oleh Al-Huda Press di Pulau Pinang. Akhbar yang mengandungi 44 halaman ini diterbitkan tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Pengarang yang menjayakan penerbitan Sahabat ialah Syed Ahmad bin Syekh, Haji Abdul Aziz bin Syekh Rahmat, Ahmad Boestamam, Ahmad Noor Abdul Shukor (Adnan al-Fikri) dan Mohd. Samin Taib. | SASTERA | Penerbitan |
MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH | MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Sekolah ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, dan didirikan pada tahun 1930-an. Para pengasas sekolah ini terdiri daripada tokoh gerakan Kaum Muda seperti Syekh Abdullah al-Maghribi, Syekh as-Shiblee, Haji Ibrahim Aqiby serta tokoh Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) seperti S.M. Zainal Abidin, Muhammad Tamin Sutan Deman dan Nyak Amin. Syekh Abdullah al-Maghribi, bekas mudir dan guru di Madrasah al-Mashor al-Islamiyah, menjadi pengetua sekolah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PUNGGUK | PUNGGUK (1910-1971), penyair. Dia lahir pada 18 September 1910 di Brickfields, Kuala Lumpur. Nama sebenarnya ialah Muhammad Yasin bin Maamor. Dia lebih dikenal dengan nama penanya Pungguk dan merupakan salah seorang perintis puisi Melayu moden di Malaysia. Nama penanya yang lain ialah Keris Melayu, Malim Deman, Pujangga, Pensil Biru, Tanah Emas dan Pengarang. | SASTERA | Tokoh |
PAWANG ANA | PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pawang Ana berasal dari Perak. Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara. Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu. Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak. Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata deman |
|
|