Sistem benua, merupakan usaha menahan perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an. Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara perang ekonomi menentang United Kingdom. Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri Berlin pada 21 November 1806 yang mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada kapal berkecuali yang berlabuh di United Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang Semenanjung dalam usaha sia-sianya menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I (Kejatuhan kuasanya). |