Sungai Tweed, muncul di Tanah Tinggi Selatan Scotland dekat Tweeds Well, kira-kira 10 kilometer utara barat pusat pelancongan Moffat. Panjangnya lebih kurang 154 kilometer dan menyaliri kawasan seluas 4800 kilometer persegi. Pada peringkat permulaan Sungai Tweed mengalir ke arah utara timur ke Peebles, dan kemudian ke arah timur melalui Innerleithen, sampai di Galashiels dan kemudian melalui Kelso. Sungai ini membentuk sempadan di antara England dan Scotland untuk lebih kurang 27 kilometer, bermula dari sebelum Coldstream ke Berwick-upon-Tweed, tempat ia mengalir masuk ke Laut Utara (lihat United Kingdom [peta politik]). Pekan sempadan Berwickupon- Tweed, terletak di tebing utara sungai ini, menimbulkan banyak pertikaian yang telah kekal menjadi sebahagian daripada England pada tahun 1885. Sungai Tweed, boleh dijelajahi hanya untuk beberapa kilometer di bahagian pasang surutnya dekat muaranya. Ikan-ikan salmon dan trout dipancing di sepanjang sungai ini. |