Tennyson, Lord (18091892), atau nama sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia menggantikan William Wordsworth sebagai penyair negara di United Kingdom pada tahun 1850. Tennyson memperoleh kedudukan dalam kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang begitu lama berusaha ke arah mencapai kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa Inggeris. |