Nebula ialah awan zarah debu dan gas di angkasa. Istilah nebula berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud awan . Ahli astronomi awal menggunakan istilah ini untuk galaksi jauh di luar galaksi dunia, iaitu Bima Sakti. Galaksi tersebut dikenal sebagai nebula ekstragalaksi . Ia kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di celah-celah bintang. Tetapi teleskop moden menunjukkan bahawa nebula ekstragalaksi sebenarnya ialah sistem bintang yang serupa dengan Bima Sakti. |