Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan. Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini, permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi. |