Surinam ialah negara di pantai timur laut Amerika Selatan. Gunung-ganang yang diliputi hutan hujan merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada Surinam dan kebanyakan penduduknya tinggal di kawasan datar pantai. Ia merupakan negara terkecil di Amerika Selatan, dari segi keluasan dan jumlah penduduk. Untuk mengetahui keluasan dan jumlah penduduk Surinam, lihat jadual Fakta ringkas dalam rencana ini. Hampir separuh penduduknya tinggal di Paramaribo, ibu negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama Surinam. Kerajaan Belanda memerintah negara ini dari tahun 1667 hingga tahun 1975 apabila Surinam mencapai kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan Surinam dikenali dengan nama Guiana Belanda. |