Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA) | Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban Development Authority. UDA berfungsi sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. | UMUM | |
SYARIKAT PEMEGANGAN | Syarikat pemegangan ialah mana-mana syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan. Syarikat yang di bawah kawalan syarikat pemegangan disebut syarikat subsidiari. | UMUM | |
DASAR KULIT PUTIH AUSTRALIA | Dasar kulit putih Australia ialah nama yang popular bagi dasar lama imigresen Australia. Undang-undang ini berdasarkan Akta Sekatan Imigresen, yang diluluskan pada tahun 1901 oleh kerajaan persekutuan yang baru dibentuk. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG DASAR 1945 | UNDANG-UNDANG DASAR 1945, undang-undang dasar yang diperakukan di negara Indonesia. Undang-undang dasar ini disahkan pada 18 Ogos 1945 oleh suatu badan yang disebut Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang anggotanya diwakili oleh semua golongan di Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DASAR ETIKA | Dasar Etika ialah dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Belanda semasa menjajah Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DASAR BURUH NEGARA | Dasar Buruh Negara, dasar yang dibentuk untuk meningkatkan mutu perburuhan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN | Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK), dasar kerajaan Malaysia berhubung dengan sistem pendidikan negara. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
DASAR EKONOMI BARU | Dasar Ekonomi Baru (DEB), dasar untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
DASAR BELIA NEGARA | Dasar Belia Negara, garis panduan bagi menyusun dan mengendalikan semua rancangan dan aktiviti belia di Malaysia. Dasar ini dibentuk pada 13 Disember 1985. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
DASAR PEMENCILAN | Dasar pemencilan ialah satu doktrin yang diamalkan oleh orang yang berpendirian bahawa sesebuah negara sepatutnya mengambil pendirian bebas daripada negara lain. | UMUM | |