Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan. Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya, banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir. Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut. Dalam kes lain, gelinciran berlaku iaitu, kerak bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan yang tenggelam. |