Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DIRI | Diri, dalam tatabahasa, ialah ciri bahasa yang menunjukkan perbezaan antara penutur, pendengar dan seseorang atau sesuatu yang diperkatakan. Jika sesuatu kata adalah bagi penutur, ia ialah diri pertama. Jika kata itu bagi pendengar, ia ialah diri kedua. Jika kata itu bagi orang atau benda lain, ia ialah diri ketiga. | UMUM | |
ELEKTROLISIS | Elektrolisis ialah proses apabila arus elektrik dialirkan melalui cecair, yang menyebabkan tindak balas kimia berlaku. Jika cecair itu air, elektrolisis menguraikan air kepada dua gas hidrogen dan oksigen. Jika cecair itu larutan yang mengandungi logam, elektrolisis menguraikan larutan logam supaya tersingkir. | UMUM | |
AMPERE, ANDRE MARIE | Ampere, Andre Marie (17751836), ahli matematik dan ahli fizik Perancis, menemui hukum elektromagnetisme pada tahun 1820-an. Dia menunjukkan bahawa arus elektrik yang selari menarik satu sama lain jika bergerak dalam arah yang sama, dan menolak jika arahnya bertentangan. Teori matematiknya yang menjelaskan fenomena ini menjadi asas perkembangan elektrodinamik. Dia mendapati bahawa arus elektrik yang mengalir melalui kawat yang bergelung bertindak seperti magnet. Ini menyebabkan terciptanya galvanometer, alat untuk mengesan dan menyukat arus elektrik. | UMUM | |
MOLEKUL | Molekul adalah satu daripada unit asas jirim. Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi, jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal. | UMUM | |
KELAYUAN | Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke dalam tisu tumbuhan. | UMUM | |
PIDATO UMUM | Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang berkesan merupakan satu bahagian penting dalam latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan atau benar-benar mengubah pandangan mereka. Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak mereka mempamerkan sambutannya melalui tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan mereka terhibur. | UMUM | |
TENDON ACHILLES | Tendon Achilles ialah tendon di belakang pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket. Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon. | UMUM | |
PATUKAN ULAR | Patukan ular. Biasanya ular ialah haiwan pemalu dan hanya mematuk manusia jika diganggu atau terpijak. Oleh itu, kebanyakan patukan ular adalah pada kaki atau betis, dan tidak banyak pada lengan atau tangan. | UMUM | |
MINYAK JARAK | Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat, tetapi banyak proses perindustrian menggunakan kebanyakan bekalan minyak ini. | UMUM | |
REKAAN | Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan kita mengawal persekitaran dan hidup dengan lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya. Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam persekitaran yang penuh dengan rintangan dan membina sebuah masyarakat yang bertamadun. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan.
Lihat selanjutnya... |
|