Syiah Imam Dua Belas atau dalam bahasa Arabnya disebut al-Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah ialah satu kumpulan Syiah yang meyakini bahawa terdapat 12 orang imam yang maksum (bebas dari dosa). Mereka mempunyai syarat-syarat khusus untuk memperoleh pangkat imam tersebut dan mereka juga lebih berhak untuk menjadi pemerintah berbanding orang lain. Pengikut Syiah mengemukakan hadith-hadith, bukti-bukti serta dalil-dalil yang dipenuhi dengan kepalsuan dan pentakwilan selari dengan tuntutan mazhab mereka, seperti yang dikatakan oleh ulama ahli Sunnah. |