Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TIUB CROOKES | Tiub Crookes ialah sejenis tiub vakum. Sir William Crookes, ahli fizik dan ahli kimia Inggeris, mencipta tiub itu pada tahun 1870-an sebagai sebahagian daripada kajiannya tentang sinar katod. Usahanya membawa kepada penemuan bahawa sinar ini terdiri daripada aliran elektron. Tiub Crookes mempunyai elektrod di setiap hujung atau berhampiran dengannya, dan tekanan udara yang rendah di dalamnya. Apabila arus elektrik yang kuat mengalir dari katod (elektrod negatif) ke anod (elektrod positif), bara muncul di hujung tiub yang bertentangan dengan katod. Crookes membuat kesimpulan bahawa sinar yang tidak kelihatan daripada katod menyebabkan bara tersebut. Untuk mengkaji sinaran, Crookes meletakkan objek kecil dalam laluan sinar, di dalam tiub itu. | UMUM | |
PROKSI | Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas untuk membentangkan satu laporan penting dalam mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan, anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan laporan anda dalam mesyuarat kelab itu. | UMUM | |
POST, WILEY | Post, Wiley (18991935) ialah juruterbang perintis Amerika. Dia adalah orang yang pertama melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia. Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie Mae . | UMUM | |
MACDONALD, SIR JOHN ALEXANDER | Macdonald, Sir John Alexander (18151891) ialah perdana menteri pertama Dominion Kanada. Dia memainkan peranan utama dalam mewujudkan dominion itu pada tahun 1867. Macdonald berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun 1867 hingga tahun 1873 dan dari tahun 1878 sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1891. | UMUM | |
PSORIASIS | Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk, tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh. Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak menyebabkan artritis. | UMUM | |
SCOTT, ROBERT FALCON | Scott, Robert Falcon (18681912) ialah penjelajah dan pegawai tentera laut British yang merupakan orang pertama sampai di penara Kutub Selatan. Dia sampai di kawasan itu dalam ekspedisi yang dilakukannya dari tahun 1901 hingga tahun 1904. Pada 30 Disember 1902, Scott sampai di latitud 82 ° 17, kira-kira 840 kilometer dari Kutub Selatan yang sebenar. Latitud yang dijejaki oleh Scott merupakan jarak paling ke selatan yang pernah ditempuhi manusia. | UMUM | |
SIFAR | Sifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0, kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan, atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus), digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar apabila ditambah kepada atau ditolak daripada sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
| UMUM | Konsep |
RABU | Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu. Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden. Kemudian, nama tersebut ditukar kepada Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury), yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu. Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi . Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbia , iaitu hari keempat dalam seminggu. | UMUM | |
SPENDER, SIR STEPHEN | Spender, Sir Stephen (19091995) ialah pemuisi British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan jenis keindahan yang penyair romantik awal temui pada air terjun dan matahari terbenam. | UMUM | |
TITIK ISOELEKTRIK | Nilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam pada itu; |
|
|