Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KIPAS | Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas tangan yang diperbuat daripada daun palma. Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas digunakan juga untuk mengibas lalat daripada bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M. | UMUM | |
TARTARY | Tartary, pada masa dahulu ialah nama bagi sebuah wilayah yang sangat besar di Eropah dan Asia yang didiami oleh puak Tartar. Wilayah ini terletak di luar Tembok Besar China merangkumi bahagian utara China, Mongolia, Xinjiang, dan bahagian selatan Rusia. Kini, nama Tartary selalunya digunakan cuma pada kawasan yang dikenal sebagai Xinjiang atau Turkestan China dan juga sebahagian besar bahagian barat Mongolia. | UMUM | |
ZION | Zion, nama sebuah bukit yang memanjang di bahagian timur bandar Baitulmaqdis di Palestin. Pada zaman dahulu bukit ini dikenali sebagai Sahyun, sebagai tanda sebahagian daripada bandar yang didiami oleh orang Arab al- Yabusiyyun, iaitu penduduk bandar Yabus yang tercatat kewujudan mereka pada zaman dahulu. | UMUM | |
SULTAN | Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa. Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun 900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan, tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai kuasa seperti raja pada zaman dahulu. | UMUM | |
PUJANG G A | Pujang g a ialah penyair zaman dahulu. Pujangga yang paling masyhur tinggal di Kawasan Celt seperti Ireland, Scotland, dan Wales pada Zaman Pertengahan. Mereka merupakan penyair profesional yang bersyair tentang wira negara, biasanya mempersendakan mereka melalui satira. Pada umumnya pujangga bersyair dengan iringan hap atau alat muzik bertali yang lain. Mereka menurunkan bahan mereka daripada seorang pujangga kepada seorang pujangga yang lain. Pujangga menggunakan teknik puisi seperti aliterasi dan rima dalaman. Menjelang tahun 1700- an, pujangga Celt tidak lagi merupakan tokoh budaya yang utama. Tradisi pujangga kini hanya dapat bertahan dalam pesta rakyat, seperti eisteddfod di Wales. | UMUM | |
SUSA | Susa, juga dinamakan Shush pada suatu masa dahulu merupakan ibu kota kerajaan purba Elam dalam Empayar Parsi. Sebahagian puing bandar ini terletak di provinsi Khuzistan, di barat daya Iran. | UMUM | |
TIN | Tin ialah buah yang telah ditanam lebih daripada 4000 tahun dahulu. Ia mungkin berasal dari barat daya Asia, kemudian tersebar ke kawasan Mediterranean . Dokumen orang Yunani, Rom, dan Mesir purba memerikan kepopularannya sebagai makanan. | UMUM | |
TIMBANGAN APOTEKARI | Timbangan apotekari ialah satu sistem timbang yang pada satu masa dahulu digunakan secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada 8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram. Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam 0.45 kilogram. Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan ukuran. | UMUM | |
MESIN PEMBANTING | Mesin pembanting ialah mesin yang digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya. Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina mesin pembanting praktikal yang pertama pada tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting dan menganginkan bijian dengan tangan iaitu, kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting membolehkan petani memproses bijian dengan lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin telah menggantikan kebanyakan mesin pembanting (lihat Mesin penuai kombin). | UMUM | |
SPARTA | Sparta, juga dikenali sebagai Lacedaemon, ibu negeri Laconia, pada suatu masa dahulu merupakan negara kota yang paling berkuasa di Yunani purba. Sparta masyhur dengan kuasa ketenteraannya dan kesetiaan askarnya. Penghormatan yang paling tinggi bagi seorang penduduk Sparta ialah terkorban semasa mempertahankan negerinya. Ketahanan, kebencian terhadap benda mewah, dan ketegasan yang sukar digoyah, masih disebut dalam perbandingan sebagai sikap atau sifat baik penduduk Spartan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu |
|
Puisi |
---|
|
Dari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 68 Never buy a pig in a poke Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu. Membeli kucing dalam karung "Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig "Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|