Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barangan yang diimport oleh sesebuah negara dari negara yang lain. Banyak negara menggunakan tarif untuk melindungi industri mereka daripada saingan negara luar. Tarif memberikan perlindungan dengan menaikkan harga barangan yang diimport. Dengan itu, tarif menggalakkan syarikat tempatan agar meningkatkan pengeluaran mereka, dan para pengguna terpaksa membayar lebih untuk barangan yang dilindungi ini. |