Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ASID ASETIK | Asid asetik ialah asid organik dan bahan kimia industri yang penting. Asid asetik memberi rasa masam kepada cuka. Cuka yang digunakan di rumah mengandungi lebih kurang lima peratus asid ini. Asid asetik tulen dikenali sebagai asid asetik glasial kerana asid ini memejal pada suhu 17 ° C, iaitu suhu bilik sejuk. Apabila dicairkan dengan air, asid ini dikenali sebagai asid asetik. | UMUM | |
CUKA | | UMUM | |
TARRAGON | Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran, sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak. Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus. Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter di kawasan yang panas dan kering. Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia dracunculus . | UMUM | |
SIDER | Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi 5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol. Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik. Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka. | UMUM | |
ADAS | Adas ialah tumbuhan yang digunakan untuk membuat jeruk dan sebagai perasa dalam makanan termasuk ikan, krim masam, dan cuka. | UMUM | |
TUAK | TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah. | BUDAYA | Konsep |
MAKANAN AWET | MAKANAN AWET, makanan yang tidak mudah rosak dan boleh tahan lama. Makan diawet dengan cara disangai, disalai, dijeruk, diperam, dimasak atau direndam dengan gula, garam atau cuka. Bahan pengawet utama bagi makanan ialah garam. | BUDAYA | Makanan |
ACAR | ACAR, campuran pelbagai jenis bahan makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran, telur rebus atau ikan yang dimasak dengan cuka, garam dan gula. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuka. |
|
Puisi |
---|
|
Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 477 When poverty comes in at the door, love flies out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang saya, tak ada wang abang payah? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|