Muhammad al-Fatih (833 H. 886 H., /1429 M. 1481 M.), sultan kerajaan Uthmaniyyah, iaitu putera Sultan Murad II. Pada tahun 855 H. (1451 M.), baginda menaiki takhta menggantikan ayahandanya. Baginda boleh bertutur dalam bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam. Baginda dikunjungi oleh para ulama, sasterawan, penyair dan menganugerahkan sebaik-baik penghargaan kepada mereka. Ayahandanya mewasiatkan agar membuka kota Constantinople, lalu baginda berusaha merealitikan cita-cita ayahandanya dan berjaya membuka kota itu pada tahun 857 H./1453 M. Dengan itu, baginda dikenali sebagai (al-Fatih (pembuka)) kerana berjaya membuka kota Constantinople iaitu ibu kota kerajaan Byzantine. Baginda menamakan Islambul yang bererti bandar Islam dalam bahasa Turki. |