Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik pemandangan landskap di kebanyakan bahagian Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun 1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat persembunyian semasa berlakunya serangan oleh pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza, dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah. |