Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam. Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud: Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk rantau) yang jauh. |