Enjin stim ialah sebarang enjin yang beroperasi menggunakan tenaga daripada stim yang mengembang. Stim mungkin digunakan untuk menolak omboh yang akan memutarkan roda lokomotif berkuasa tinggi ataupun digunakan untuk memutar turbin besar yang akan menggerakkan penjana elektrik dan kapal laut yang besar. Enjin stim turut digunakan dalam pam besar, penghentak cerucuk, dan pelbagai jenis mesin berkuasa tinggi lain. |